love

love

Haryanie & Bazli

Daisypath Anniversary tickers

20 Mei 2013

alhamdulillah...

alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah.. ini adalah ucapan pertama setelah selesai semuanya. hari sabtu lepas (18 mei 2013) ai adakan majlis kesyukuran dan sambutan ulangtahun pertama NAN. majlis ni ai rangkumkan sekali. bila ai edarkan kad jemputan, ramai yang tanya, umur anak dah nak masuk 2 tahun, baru buat besday yang setahun. sebenarnya, itulah perancangan ai dari awal. cuma ai terkecewa sikit sebab tak ada gambar walau sekeping pon yang sempat ai snap untuk buat kenangan. gambar kek besday NAN pon ai tak teringat langsung nak snap. alahaiii tapi tak per.. kenangan ini tetap indah bersemadi di kotak fikiran ai.. gitukan.. nak sedapkan hati..

majlis kesyukuran ini adakan sempena selamat dan sembuhnya Nur Afnan Nisrina dari pembedahan mata 29 march yang lepas. ai niat, kalau mata NAN dah sembuh je ai memang nak buat kenduri kesyukuran. alhamdulillah.. keduanya sempena berpindah ke rumah sendiri dan ketiga bacaan yassin dan tahlil untuk ahli keluarga kedua belah pihak yang telah tiada dan keempat untuk emak ai yang semakin hari semakin pulih dari sakitnya. dan pastinya majlis ulang tahun pertama anak dara ai tu. sebab tulah ai tak buat secara berasingan.. sekali gus kan senang.

untuk jamuan makan, ai hanya amik katering. senang. malas ai nak masak2 segala. lagipon kat rumah ai tu tak cukup perkakas. nanti2lah, in shaa allah kalau ada  rezeki lagi, kita buat kenduri lagi tapi panggil orang kampung masak. wahh orang kampung gitu..

persiapan semuanya ai dan Mohammad Bazli buat sendiri. malam hari jumaat tu, lepas NAN tido, ai dan Mohammad Bazli mula mengemas rumah. adalah 2 3 orang jiran datang tolong. dalam pukul 10 lebih macam tu, orang pasang khemah pulak datang. ai tak tengok sampai habis sebab ai dah mengantuk gila tahap gaban time ni. dalam tempoh seminggu sebelum majlis, gigih ai dan Mohammad Bazli menyediakan goodies. dengan NAN yang dok menyibuk nak tolong sama, dengan nak uruskan rumah, memang memenatkan tapi ini adalah satu pengalaman baru untuk ai sekeluarga.

majlis dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan kehadiran kariah masjid dan jiran2 terdekat untuk bacaan yassin dan tahlil. dalam pukul 12.30 habis, katering pon sampai. tapi kariah masjid pegi ke rumah hujung dulu sebab ada kematian. walaupun kat kad tu ai tulis pukul 12 majlis mula, tapi nak dekat pukul 1 baru ramai tetamu datang. ai seperti biasa memang kelam kabut memanjang. yelahkan.. mana tau orang tak nak datang...

NAN jangan ditanya. time baca yassin dia bukan main lena lagi tido. ai memang nak suruh dia tido dulu. kalau tak, memang akan mengamuk sakan. tapi kejap jelah tido ye. bila kawan2 dia dah ramai, bukan main seronok lagi dia. :)

ai tak perasan jam berapa mak abah ai datang. tau2 je dah sampai. hahaha konon macam sibuk sangatkan.family ai tunggu sampai pukul 3 lebih macam tulah. kakak ai mintak diri dulu sebab anak dia dah mengamuk sakan nak tido. mak ai pulak kan baru nak sihat badan, jadinya tak bolehlah nak tunggu lama2. ai redha je lah bila dorang dah nak balik.

lepas zuhur, ai dah mula potong kek. tapi tak lah buat secara besar besaran. tak dalah siap dengan dekorasinya. jus potong kek 2 biji. sebab kakak ai sponsor 1 lagi kek. time ni ai yang macam besday girl. sebab NAN entah kemana time ni. hilang merayau dengan sepupu sepapat die. masuk2 rumah ada pegang duit n hadiah. bila dah panas terik, semua kanak2 yang nak main ai suruh main dalam rumah. sebab ye nanti NAN sibuk menjerit2 nak keluar sama. padahal dia tu selsema n batuk.

alhamdulillah sepanjang majlis berjalan tak ada apa masalah yang besar2 berlaku. kalau ada pon setakat kecik2 je. yang boleh kami handle sendiri. hujan pon tak turun. cuma bagi signal guruh sikit2 je.. kemain risau lagi. makanan sume ngam2 hoi je. yang penting ramai kata sedap menu yang ai tempah tu.

terima kasih pada yang hadir dan bawa hadiah untuk NAN. lepas habis kemas2 tu, ai bukakkan hadiah2 yang NAN. kemain meriah lagi mulut dia menjerit2 bila ada dapat buku dan teddy bear. terima kasih pada jiran2 yang hadir datang membantu kami mengurus majlis ini. in shaa allah kalau ada rezeki dan panjang umur akan ada lagi..


12 Mei 2013

selamat hari ibu -hati wanita itu sungguh kuat-

12 mei 2013

Selamat hari ibu kepada PUAN HAMIDAH AHMAD... terima kasih kerana sanggup menggadai nyawa semata2 ingin melahirkan saya.. terima kasih kerana bersengkang mata menjaga saya ketika sakit.. terima kasih kerana membesarkan saya dengan penuh kasih sayang.. terima kasih diatas segala pemberian..  walau saya senaraikan semuanya, itu belum cukup untuk membalas segala jasa baik mak. Semoga mak sentiasa dilimpahi rahmat dariNYA.. senantiasa sihat untuk terus mendoakan saya agar semakin tabah menghadapi dugaan dan cabaran di dunia ini.. terima kasih untuk segalanya...

?......................................................................................................................................................

Disaat si anak dan si ibu sedang sama-sama berperang kesakitan di hospital, dia masih mampu tersenyum indah. Di saat si anak dan si ibu sedang bersama-sama koma di dewanbedah, dia masih mampu ketawa indah. Di saat si ibu sedang koma di icu, tiada setitis pon airmata yang mengalir. Di saat si anak dan si ibu sama sakit, dia masih mampu menjaga kedua2nya. Di saat dia dalam dilema diantara anak dan ibu, wajahnya sangat tenang. Di saat hatinya runsing dengan tahap kesihatan anak dan ibu, dia masih mampu menyembunyikan apa yang sedang berlaku..

Disaat pasangan tidak pernah sekali menjenguk wajah si ibu yang sakit tenat, dia masih mampu menipu si ibu bahawa pasangan sedang sibuk.. disaat pasangan tidak pernah sekali bertanya keadaan si ibu, dia masih mampu berlagak biasa.. disaat pasangan membuat wajah tidak selesa, dia dengan segara berpulang ke tempat asal..

Tiada seorang pon dapat melihat airmatanya yang sedang mengalir.. tiada seorang pon yang mendengar ketika hatinya sedang berbicara.. tiada seorang pon yang dapat mengagak dirinya bdalam kesedihan.. tiada seorang pon bertanya apa yang sedang dialami..

Terima kasih tuhan kerana memberinya sekeping hati yang begitu kukuh. Mengurniakan dia jiwa yang begitu padu.. seandainya dia adalah wanita lain, pastinya airmata senantiasa mengalir sebagai sumber kekuatannya.. sesungguhnya hati wanita itu sungguh kuat...

6 Mei 2013

selepas sebulan itu berakhir

pejam celik pejam celik, tempoh dari 1 april 2013 hingga 30 april 2013 dah berakhir. ai dah masuk keje dah 3 hari. alhamdulillah.. ai mulakan kerja ai dengan satu perasaan yang lain. rasa macam first time nak lapor diri. hahaha

NAN seperti biasa, dah lama duduk dengan ai, pagi ai hantar ke rumah pengasuh, dah menangis2 nak ikut. melambai2 tangan jerit mama mama mama. ai yang hati tisu ni, tak pandang terus mintak Mohammad Bazli jalan terus.

sebenarnya doc mintak ai sambung cuti. sebab luka kesan jahit tak baik sepenuhnya lagi. tapi ai tawakal dan berserah segalanya pada Allah. ya!! sepertimana yang ai risaukan dan ai membebel setiap hari dekat Mohammad Bazli, ianya masih terjadi. bekalan ubat mata NAN tidak berusik. padahal dah pesan berpuluh2 kali. bukannya banyak sangat, cuma ada 2 ubat. tu pon ubat titis mata.

nak marah?? nak tegur?? entahlah..

ai masih berpegang pada 1, Allah akan menjaga Nur Afnan Nisrina dengan baik. in shaa allah...

keadaan sekarang sangat bahaya

ai baru je blogwalking. ai singgah blog mama annaila n mama aisy. terkejut ai bila dapat tau anak kepada salah sorang blogger yang ai selalu singgah tu dah meninggal. terkejut. ai refresh semua cerita2 dia. last ai tengok gambar2 anak dia sihat je. bila ai baca kat komen blog mama annaila, rupanya kene virus. oastu baca pulak blog mama aisy, aisy pon kene rotavirus. haiilahhh risau sangat nih. tiba2 takut. salam takziah dari kami sekeluarga. anak itu menanti mama papanya di pintu syurga. bertabahlah.. pasti ada hikmah yang tersembunyi...

tiba2 ai risaukan NAN kat rumah pengasuh. tiba2 jugak terfikir nak berhenti keje nak jaga anak sendiri kat rumah. gituu kan.. hahaha. risaulah.. macam2 penyakit sekarang nih. patutlah pihak hospital tak bagi kanak2 bawah 12 tahun masuk ward. sebab ini agaknya. tapi ai degil. ai bawak juga NAN masuk ward time mak ai sakit dulu. ada jugak nurse n doc marah2 tapi nak buat macam mana, ai nak tinggalkan kat sapa kalau kat hospital ni?? kalau ada bukak nursery, tak pelah juga.. pihak kementerian kesihatan perlu fikirkan sesuatu.

ai bukannya apa, risau terlebih dengan NAN tu. yelahkan.. NANkan tak macam kanak2 lain. sensitivenya sangat banyak. bulan 1 ke bulan 2, NAN kene gigit nyamuk. mula2 macam bintat biasa. ai sapukan minyak gamat je. tapi makan masa nak baik. seminggu lebih kot. keliling kawasan bintat tu, berselang seli dengan warna putih dan merah. ada 4 lapisan. mula2 ai tak amik pusing sangat, tapi bila tengok macam nak jadi bisul, ai bawak jugak ke klinik. doc cakap ini kudis api. kudis ni kalau biarkan lama2 akan merebak, dan kulit akan jadi sopak. sebab kudis ni ada keluarkan sejenis air. memang pon, kudis NAN dulu tu pon sampai dah kuar air. dahlah kene kat celah kelengkang, nak pakai pempers kemain sakit lagi. doc bagi NAN ubat krim dan startkan dia antibiotik. makan masa 2 minggu baru baik betul2. kawasan tu ai tampalkan dengan kapas. sebab tak nak NAN air yang selalu keluar tu. bila baik, memang betul, kawasan tu warna putih. sampai sekarang kesan putih tu tak bertukar warna kulit asal. sebab kudis ni bila kene kita akan rasa panas. patutlah bila ai letakkan bedak sejuk, NAN senyap sikit..kalau tak asik menangis je sambil usik2 kat kawasan tu.

bila baca cerita macam ni, ai jadi takut nak bawak NAN keluar jalan2 dah. nak suruh dia duduk rumah je. sampailah dah besar. hahahah boleh. kesian budak tu. yelahkan.. dari angin persekitaran pon, budak2 boleh dapat virus. lagi2 keadaan NAN yang tak takut orang. segala orang dia berkenan. tak kira, cina ke, india ke, banggali ke, bangla mop lantai tesco pon dia boleh layan. kadang2 virus ni boleh dapat dari orang ramai jugak. sebab kita tak tau tahap kebersihan orang lain macam mana. NAN kalau dengan ai, memang ai akan mandikan dia 3 kali sehari. biar ai penat basuh sidai lipat baju dia, biar sabun ai habis, janji kebersihan NAN terjaga. botol susu pulak, leopas basuh ai akan rendam dengan air panas. makanan yang nak masak untuk dia, ai basuh dengan sabun khas. biar orang lain cakap ai ni terlalu cerewet tentang anak, ai tak kesah, sebab bila sakit ai yang kene jaga. nak masuk bilik NAN pon, ai akan pakai hand sanitizer. baru boleh usik2 barang NAN. dengan Mohammad Bazli, berkali2 ai nasihatkan jangan lupa pakai kalau nak masuk bilik NAN. kemainkan.. mengalahkan nak masuk hospital privatekan..

lagi2 NAN baru lepas operate ni, bekas2 luka ada yang tak baik lagi. ada yang bernanah je. doc pakar kanak2 pon selalu pesan kalau ai pegi checkup NAN. jangan bawak NAN terdedah dengan suasana luar sangat. jangan bawak NAN pegi tempat yang ramai orang. sebab kat badan dia ada nanah. nanah 1 kuman. dan boleh masuk ke paru2. tapi tulahkan.. hati ibu. sedih nengok NAN menjerit2 nak keluar rumah. nak main dengan kawan2. nampak muka bosan NAN kalau asik terperuk je kat rumah. tapi ai selalu berdoa, janganlah diberi sakit yang melampau2 lagi pada anak ai ni. cukuplah kesakitan yang dia dah lalui dalam tempoh setahun umur dia.

ai doakan yang terbaik untuk semua anak2. diberi kesihatan yang sempurna tanpa ada kesakitan. amin..


proses pindah rumah ~2

Hai uolls.. dah lama ai tak update. Bz betul sekarang ni. mana nak layan NAN yang dah semakin lasak, mana nak mengemas ruma.. eh mengemas rumah..??? Ok ok meh ai nak story sikit..

Alhamdulillah ai dah selamat pindah rumah 2 minggu yang lepas. Terima kasih kawan2 yang banyak sangat membantu angkat barang. Penat memang tak yah nak ceritalah.. dan yang penting, nak pindah rumah je, ai dah hilang 3 kilo berat. Hahahahaha mohammad bazli, kalau nak ai nampak kurus cepat, u kene beli rumah banyak2lah.. boleh pindah randah lagi dan ai boleh kurus.. hahaha

Sampai sekarang rumah tak siap kemas. Bahagian dapur, tunggu kabinet kitchen pasang lepas pilihan raya ni. Simen depan belakang pon kene ikut turn. Maklumlah.. pindah kat perumahan baru, jadinya jiran2 tetangga berebut2 nak simen jugak. Amik pulak kat orang yang sama sebab murah..

Ai angkat barang sebelah malam, lepas isyak. Dua lori u ollss. Nampak macam sikit, tapi bila dah diangkut, x muat plak. tapi tak taulah kot2 kawan2 yang tolong tu tak reti nak susun. hahahaha tak kisahlah. gambar?? tak ada lagi. sebab ye?? sebab ai malas tahap dewa nih. tengoklah, update pon sebulan sekali. gilah lah.. hahahaa

nak cerita pasal kemas, memang tak akan habis. ai pon naik pening tengok rumah tu. usik sini, usik sana, last2 terbiar. tambah pulak kene kemas malam. kemas siang kang, ada yang membantu, ai kemas depan, ada tukang menyerak kat belakang. lagi2 ai dah naik keje. lagilahkan.. keluar rumah awal, balik pulang lewat petang.

bahagian luar rumah, ai kene tunggu wak indon simen. amik masa jugak tu. ai tengok jiran depan rumah ai tu, nak dekat seminggu baru siap. bersabarlah wahai hati. tak lama lagi.

bahagian dalam rumah. dalam 80% dah siap. cuma tinggal kat bawah tangga. tak taulah nak campak mana barang2 tu. kalau ikut Mohammad Bazli, semuanya nak disimpan. rumah kita kecik sayang. nak simpan kat mana?? stor pon tak da. kalau agak2 dah tak guna tu, let go jelah. pandai2lah tukang amik sampah tu nak mengasingkan nanti. agak2 elok lagi, dorang amiklah tu.

bahagian dapur, 1% pon tak jalan lagi. apa entah kelama sangat nak siap kabinet ai tu. dapur bukannya besar mana pon. kangkang kera lagi besar kot. bukan main lama. time nak jual barang dia, amboiii ayat manis belaka. jiwa ai yang selembut tisu ni terus je tertawan tau. tapi last2 lambat kemain. dah muak ok makan luar. sampai kami anak beranak kene sirit birit. mula2 yang kene NAN. nak dekat seminggu jugak baru baik. lepas tu ai. tapi ai kene kejap je. 2 3 hari je kot. tapi Mohammad Bazli kene, memang lama. dah nak 2 minggu kot. kesian pulak. malam tadi kami suami isteri makan megi yang direndam dengan air panas. dah macam time belajar dulu2..

bahagian basuh baju juga tunggu wak tu simen belakang. baru ai boleh pindahkan mesin basuh tu ke belakang rumah. sekarang masih letak kat bahagian dapur, sebelah toilet. dalam toilet plak, ada tinggal saki baki simen2 yang belum habis dikikis.

bilik tido ai, alhamdulillah dah selesai. malam tadi beria buat susun atur semula. sebab yang lama dulu macam tak berapa sesuai.

bilik tido NAN dalah lagi 10% tak siap. tu pon sebab tak cat lagi. entah bila ayahnya nak cat. ai selalu cakap, "awak ni kan, kalau rumah orang tu kemain lagi.. bila kat rumah sendiri, esoklah esoklah.. nanti bertahunlah tu baru nak mengecat." memang tau Mohammad Bazli nih...

bilik solat, juga sudah siap. ai sebenarnya ada tengok cerita arab beberapa tahun yang lepas. suka sangat tengok bilik sembahyang dia. sebab ada gambar kaabah. arah kiblat dia, dia gantungkan gambar kaabah kat dinding. macam seolah2 dia sembahyang depan kaabah. ai cakap dengan abah ai, abah ai kata baguslah. kita nak pegi entah bila. mana tahu, kita letak gambar kaabah, hari2 kita sembahyang depan gambar kaabah tu, hari2 doa, in shaa allah satu hari allah akan tunaikan permintaan kita. so ai cakap dengan Mohammad Bazli dan dia suka. aritu time jalan2 kan nilai 3, terjumpa gambar kaabah. terus je beli. tapi Mohamamad Bazli pilih gambar pintu kaabah. tak perlah.. janji kaabah..

ramai kawan2 ofis tanya bila ai nak buat kenduri masuk rumah. in shaa allah.. dalam perancangan lagi dan ai tengah cari tarikh yang sesuai. ai sebenarnya dah niat, kalau NAN baik je dari operate tu, ai nak buat kenduri kesyukuran dan sambut besday yang setahun. mak abah ai selalu biisng, dah niat jangan dilengah2kan. jadinya ai tengah usaha cari tarikh dalam masa yang terdekat ni. in shaa allah..

next entry ai update pasal rumah lagi ye.. 

1 Mei 2013

cerita operation kali kedua NAN - 2

hai.. seperti yang telah ai janjikan.....

 petang sebelum 29 March 2013

 sedap je tido, sebab time ni kat kl hujan lebat.

 ai sengaja bawak banyak barang. takut jadi macam kali pertama dulu. standby je..

 bersepah2 dah ni ha

 suasana dalam bilik pembedahan. sejuk ye..

 nombor katil rina


 budak yang duduk katil yg hujung tu pon ada masalah sama dengan NAN. tapi mak dia buat dah besar.
 kakak yang pakai baju biru tu, tak habis pantang lagi anak dia kene gloucoma.. kesian tengok baby tu..

 nurse2 ni tengah buat belon nak bagi pada NAN yang dah nak start mengamuk

 selepas 3 jam selepas pembedahan

 jangan salah faham, time ni NAN tido tau.. time ni mata dia tak boleh tutup lagi. 

 selepas 32 jam tido dan puasa.. selepas selesai operate tu, doc bius ada bagi lagi ubat tahan sakit dan buat NAN tido lama.

 nasib baik tak nangis, cuma merengek sebab mata dia masih ketat lagi



  alhamdulillah..tak demam, tak meragam.. dan aktif seperti biasa

  alhamdulillah.. time ni dia asiklah bising sebab tangan dia berbalut.

  alhamdulillah..

  alhamdulillah..

  alhamdulillah..

  alhamdulillah..

  alhamdulillah..

 sedar2 je dari tido yang lama, mintak air vitagen..

 dah pandai buat memek muka

 yang ini ai baru lepas bagi ia minum air masak. tu yang buat muka mcm ni

 buku yang pertama selepas sedar

 ni die tengok nurse yang kene marah dengan doc

 tengah tunggu surat dari doc sebelem discharge

 lepas bangun tido. masih nampak bengkak lagi

 ni nak keluar tengok mak ai kat hospital. kene pakai cermin mata, nanti airmata selalu keluar bila kene panas

 mata sebelah kiri mula keluar nanah..


 kalau ikutkan, mata sebelah kanan lagi teruk berbanding mata kiri. tapi sekarang, mata sebelah dah ok, tapi sebelah kiri yang belum baik sepenuhnya.

 alatan yang bakal rina gunakan sebelum, semasa dan selepas operation

 snap2 dulu dengan kesayangan hamba.//

 mula2 ai keliru jugak bila NAN tido.. sebab terbuka je mata dia
 ini gambar selepas 2 jam keluar dari bilik operation

 ini pulak selepas 5 jam dalam bilik operation.

 taging nama.

alhamdulillah, operation kali kedua ini berjaya. hanya tinggal siit je masih belum sembuh sepenuhnya.. terima kasih lagi dari kami untuk semua yang mendoakan kesihatan NAN...

18 April 2013

cerita operation kali kedua N.A.N,- 1

Fuh.. fuh.. dah berzaman tak updatekan.? Ai sangat bz sekarang ini. Malas nak tulis panjang2. Meh lah ai cerita pasal pembedahan mata kali ke2 anak dara ai tu. Sebelum tu, ai ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik untuk N.A.N khasnya.

29 march 2013

Seperti biasa, ai bertolak ke HKL dengan satu perasaan yang tak dapat ai ceritakan. Alhamdullillah kesihatan NAN baik. Tidak seperti kali pertama dulu. Cuma malam tu suhu badan NAN agak panas sikit. Sebab dah ada pengalaman, kalimninai siap2 bawak ubat demam, batuk, selsema dan coolmfever. Ai bagi makan ubat dan letakkan coll fever, suhu badannyabturun sikit.nnurse cakap mungkin berubah angin..Terima kasih ya allah kerana mempermudahkan urusan kehidupan NAN. lepas check in, aindan tak tau nak buat apa. Sudah ye, mohammad bazli pegi solat jumaat, ai dan NAN turun kedai beli makanan.

Malam tu ai tak dapat tido. Hati tak tenang. Dalam gelisah2 ai tu, ada sorang nurse datang nakmajak berborak. Hilanglah sikit kerisauan yang melanda...

30 march 2013
 tepat pukul 6, ai kejut NAN. saja je kejut dia awal2. Nasib baik tak mengamuk. Bergurau senda sikit, pastu bawak mandi. Pukul 7.30 NAN DAH MASUK DEWAN OT. Sebelum dibius, doc intan bagi penerangan lagi sekali kat ai. "Saya cuba cari silikon yang lama dan saya akan repair ikut kesan lama. Kalau tak jumpa saya buat pilihan ke2. In syaa allah, semuanya selamat." Kata doc intan yang jadi ketua dalam kes NAN.

Lepas ai baringkan, NAN terus dibagi sedut gas bius. Dan lama2 terus senyap. Ai setia menanti dibilik menunggu. Lepas 3 jam, doc intan panggil ai lagi sekali, dan bawak ai masuk dalam dewan OT. Ai rasa macam nak pengsan bila tengok keadaan wajah NAN time tu. Mata berlumuran darah dan matanya dicengkang dengan alat besi. Nasib baik doc aron aziz sempat pegang lengan ai time tu. Doc intan terangkan lagi sekali."maaf ibu. Sayabtak berjaya mencari silikon yang lama. Kita buat teknik kedua ya ibu. Kami terpaksa buat kerja secara perlahan dan stop2 sebab jantung dia sangat cepat dan pengaliran darah sangat laju. Kami takut NAN akan kehilangan banyak darah. Pembedahan ini mengambil masa yang agak lama..

2 jam setengah selepas itu, nurse panggil ai dan ai tengok NAN dengan wajahnyang baru sekali lagi. Alhamdulillah. Doc intan minta ai dukung dan dakap NAN rapat2 ke dada sebab kali pertama dia bukak mata, ayat pertama yang dia sebut adalah mama. Ai cepat2 ikut arahandoc dan memang betul, NAN terus menangis teresak2 sambil sebut mama mama mama. Mungkin dia nak bagi taj mata dia agak sakit. Bila doc intan dengar NAN menangis mendayu, doc intan suruh doc bius bagi ubat penenang dan ubat tahan sakit. Selepas 5 minit dimasukkan ubat tj, tiba2 jantung NAN kembali laju. Ai nampak doc intan dan doc bius agak kelam kabut. Tapi alhamdulillah, jantung NAN kembali normal selepas ai bacakan surah al fatihah ditepi katil dia. Kalau tak NAN akan ditolak masuk ke icu..

Selepas semuanya kembali stabil, NAN dibenarkan balik ke wad. U

ntjk buatkan NAN betul2sedar sepenuhnya mengambil masa 6 jam. Bangun2 je dari tido yang panjang, NAN menangis dan minta air. Ai suapkan air dalam 10 sudu, lepas tu NAN mintak susu pulak sebab dia sebut cucu cucu. Lepas habis susu sebotol, ALHAMDULILLAH NAN kembali normal. Dah boleh gelak, main buku n mintak air vitagen.



31 march 2013
Doc benarkan NAN balik sebab keadaan kesihatannya ok. Bila dengar boleh balik, ai terus pancking semua barang2. Lepas urusan discharge dah settle, kami pon  alik. Selepas beberapa hari kepala NAN pulak naik kudis dan bernanah. Dan kelenjar belakang telinga dia bengkak dan membesar. Ai bawak pegi klinik panel dan doc cakap ini jangkitan kauman dari udara. Sebab setiap kali ai ai nak  u I mata NAN, ai pakai hand sanitizer dan tempat letak ubat pon ai jaga rapi. Doc panel tak berani nak bagi antibiotik, tapi tak pe, ai cakap, mingu depan NAN ada folowup di HKL semula..

Ai minta maaf sebab tak update difacebook dan blog. Ai fikir, biarlah semuanya dah ok, ai akan updatekan. Tapi 2 3 hari lepas ai dah tunjukkan wajah NAN di facebook. Alhamdulillah, mata sebelab kanan dan terbentuk kelopak dan dah terbuka luas sikit. Cuma tinggal mata sebelah kiri dan bekas jahit yang masih lagi bernanah.

Sebenarnya ai update pakai tab ni. Ai tak tau macam mana nak upload gambar guna tab ni.. sebab bila ai uplaod je, asiklah loading. Upload ye tak jugak.. nanti bila ai dah cerdik sikit, ai upload gambar NAN. Kene tunggu siri akan datang ok.. sekali lagi ai ucapkan terima kasih. Hanya allah saja yang dapat membalas segala jasa baik kalian..


GEROBOK CANTIK

kadang-kadang kita memerlukan pengalaman orang lain untuk membantu kita mencorak perjalanan kehidupan kita.

ANDA TETAMU YANG KE BERAPA?